Catatan

Bukan Cintaku - episod 2. Semalam eida menghadiri jemputan ke majlis ulangtahun kelahiran anak murid eida tahun 1, Ammar namanya. Ammar adalah anak yatim yang kematian ibu. Apa yang ingin eida kongsikan adalah betapa bertuahnya eida sebagai guru. Sebelum menerima pelajat ke tahun 1, eida akan ke tadika-tadika berdekatan untuk mengetahui pelajar yang belum mencapai tahap memuaskan. Dulu Ammar adalah salah seorang dari kanak-kanak tersebut. Ya Ammar. Ammar jarang ke sekolah tadika. Selalu menangis dan menyebabkan pembelajaran selalu terganggu. Ini merisaukan eida kerana punca penyebab perlu diatasi sebelum ianya parah sampai ke tahun 1. Bersama Ammar ada 4 orang lagi pelajar yang belum mengenal huruf walaupun usia sudah 6 tahun. Allahuakbar gementarnya eida ketika itu. Masa terus berlalu, taklimat transisi dijalankan. Ketika itu eida dapat bersua dengan ibu bapa. Dengan menggunakan kuasa sebagai guru kelas eida mempersoalkan apa yang perlu dilakukan sebagai ibu bapa. Pada ket...

BUKAN PINTA AKU

" ayah, kenapa marah ibu, Aiman yang salah. Aiman yang malas baca buku" Sayup kedengaran suaran Aiman menangis kerana bersalah melihat ayah memarahi ibu kesayangannya itu. " Tidak sayang, ayah bukan marah ibu. Ayah dan ibu berbincang sahaja." kata si ibu sambil mengusap kepala anak kesayangannya. Begitulah dalam dunia ibu , ayah dan anak. Apabila pasangan mendapat anak yang mungkin dikategorikan kepada masalah lembam ada segelintir ibu bapa kurang menerima dan sering menyalah anara satu sama yang lain. Sebenarnya masing-masing adalah dengan ego sendiri. Malu andai dikatakan anak itu lambat atau sebagainya.  Dunia kanak-kanak adalah unik. Dunia mereka sukar kita tafsirkan. Manusia adalah kejadian Allah sebaik-baik kejadian. Kadang kita rasakan lemah, sedih kerana kita diuji tetapi kita lupa sebenarnya Allah punya rencana yang baik buat kita. Apa yang penting ketepikan ego dahulu. Usah menyalah antara satu sama lain. Duduk semeja dan berbincang bersama....

EMOSI ANAK_ANAK

Sepanjang bergelar guru, tidak dapat dinafikan pelbagai cabaran yang ditempuhi. Bermula dari impian seorang ibu akhirnya menjadi amanah yang harus dipikul setiap hari. Hari ini, eida ingin berkongsi cerita mengenai seorang pelajar yang seakan putus asa dengan kehidupan. Percaya atau tidak usianya baru mencecah 7 tahun. Pelajar ini adalah pelajar lelaki. Bukan satu sekolah dengan eida, tetapi merupakan salah seorang pelajar di  Qaseh Learning Centre . Kisah bermula apabila guru  memaklumkan pelajar ini menangis semasa pulang dari kelas. Ketika itu, terdapat 2 guru sedang mengajar. 1 guru akan mengajar 6 org pelajar. Kami di QLC amat mementingkan penguasaan kerana itulah jumlah pelajar dalan 1 sesi tidak ramai. Ketika itu eida tidak ada di kelas di kawasan itu, eida berada di cawangan lain. Eida menerima panggilan telefon daripada ibu pelajar itu. Rupanya pelajar itu diejek oleh rakan lain kerana dia belum boleh MEMBACA. kata ibunya lagi, anak ini benar2 putus asa. Di seko...

SYURGA AKU

Imej
Abang Haziq balik sekolah tersengih-sengih datang kepada mama. Perlahan-perlahan dia keluarkan surat yang dilipat di kocek baju Pengawasnya. " mama, abang tak boleh nak banggakan mama yang lain sebab abang tak pandai dalam pelajaran, abang tak main sukan sebab mama marah, abang hanya dapat ne jer mama ". Dihulurnya surat kepada mama. Mama pandang dan baca surat. Allahuakbar anak, tahukah kamu apabila dunia dah tua dan mama dah tua ini, hanya mengharapkan ada anak yang boleh  mendoakan mama bila mama dah takda. Boleh menjaga adik-adik dengan amanah. Mama tak kisah pasal pencapaian akademik sebab mama tahu kemampuan kamu. " surat apa ne abang? Mama tak faham " " abang dapat ANUGERAH EMAS HUFFAZ sebab abang dah abis menghafal 27 surah mama" Mama tergaman sebab bila masa abang menghafal. Macam tak percaya pula. Bukan kerjanya main aje ker? Kompius mama ne. " mama abang nak masuk thafiz boleh?" " abang nak jadi apa dah besar nan...

KEGIGIHAN IBU BAPA

Saya Kagum Dengan Ibu Bapa QLC Kuasa ibu bapa adalah satu kuasa hebat yang mana inginkan kejayaan demi masa depan anak sendiri walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran yang berliku. Bukan semua mampu melalui dan redha atas perkara yang berlaku. Jika kita lihat anak yang dilahirkan normal juga ada ibu baoa yang tidak sanggup menjaga dan mendidik, bahkan sanggup melakukan sesuatu yang diluar pemikiran sebagai seorang ibu bapa. Istilah seoang ibu atau bapa mampu menjaga 10 or ang anak mungkin boleh difikirkan semula. Namun, berlainan dengan situasi di QLC . Kagum saya melihat kegigihan ibu dan bapa menghantar anak istimewa ke Kelas Bimbingan dan Latihan dengan harapan yang cukup besar. Teringat saya ketika ibu ini mendaftarkan anaknya yang istimewa ke kelas kami. Katanya harapan agar anaknya boleh membaca walaupun memakan masa yang lama. Ya! Itulah tugas kami, pendidikan di QLC. Kami semestinya akan memastikan pelajar kami dapat membaca dalam masa yang cepat bergantung kepada kebol...

MEMAAFKAN

memaafkan mungkin tidak akan mengubah masa lalu, tetapi ianya dapat memudahkan masa hadapan. Ini adalah salah satu slogan atau kata-kata yang eida suka dengar dalam radio. Perkataan maaf memang agak pendek tetapi ianya adalah satu perkataan yang membawa sejuta erti yang sungguh bermakna. siapa kita untuk menidakkan perkataan maaf? siapa kita untuk menghukum mereka? siapa kita? adakah kita rasakan kita hakim dipentas dunia Allah. Ketahuilah sesuatu itu berlaku ada sebab dan k erna sudah ditakdirkan. Belajar memaafkan juga membersihkan hati dan jiwa kita. selawat banyak-banyak. mengucap. bertasbihlah..Agar hati kembali reda dari api amarah. sahabat, Allah sendiri adalah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah sentiasa memaafkan hambanya selagi hambanya teguh semuka dan bukannya berpaling muka. Alangkan Allah yang mencipta kita sentiasa memaafkan. Inikan pula kita manusia biasa yang sentiasa pendosa. Setiap hari, setiap masa, setiap detik, setiap saat mungkin kita pendosa yan...

KITA ADALAH APA YANG KITA INGINKAN

Apa yang kita inginkan adalah apa yang kita harus lakukan. Ada orang inginkan kejayaan anak-anak tetapi mereka tidak berusaha ke arah kejayaan tersebut. Ada kata ingin anak fasih berbahasa Inggeris tapi di rumah tidak dipraktikan. Jadi bagaimana semua itu dapat dicapai? Teringat anak-anak yang belajar di Qaseh Learning Centre, apabila cikgu memberikan kosa kata dalam bahasa Inggeris anak-anak jarang dapat mengetahui apa kosa kata tersebut. Kita bukan sahaja mahukan anak-anak fasih membaca tetapi juga memahami apa yang dibaca oleh mereka. Apabila anak-anak memahami apa yang dibaca maka anak-anak akan dapat menjawab segala soalan dengan mudah. Realitinya, ibu bapa akan berkata " cikgu, sebab saya tidak mahir inggerislah maka saya nak anak saya mahir. sebab itu juga kami akan hantar anak ke kelas" Ia, itu tidak dinafikan sebagai satu usaha.namun apa yang penting ialah keyakinan kita bersuara dengan menggunakan bahasa inggeris. Beberapa aktiviti mudah mungkin boleh diapl...