MEMAAFKAN

memaafkan mungkin tidak akan mengubah masa lalu, tetapi ianya dapat memudahkan masa hadapan. Ini adalah salah satu slogan atau kata-kata yang eida suka dengar dalam radio. Perkataan maaf memang agak pendek tetapi ianya adalah satu perkataan yang membawa sejuta erti yang sungguh bermakna. siapa kita untuk menidakkan perkataan maaf? siapa kita untuk menghukum mereka? siapa kita?
adakah kita rasakan kita hakim dipentas dunia Allah. Ketahuilah sesuatu itu berlaku ada sebab dan kerna sudah ditakdirkan. Belajar memaafkan juga membersihkan hati dan jiwa kita. selawat banyak-banyak. mengucap. bertasbihlah..Agar hati kembali reda dari api amarah.
sahabat,
Allah sendiri adalah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Allah sentiasa memaafkan hambanya selagi hambanya teguh semuka dan bukannya berpaling muka. Alangkan Allah yang mencipta kita sentiasa memaafkan. Inikan pula kita manusia biasa yang sentiasa pendosa. Setiap hari, setiap masa, setiap detik, setiap saat mungkin kita pendosa yang setia.
belajar memaafkan.
walaupun sukar
percayalah
hati kau pasti tenang
bak kupu-kupu berterbangan
terbang bebas di ruang taman
emncari si bunga yang cantik rupawan.
mari kita belajar memaafkan sebelum tidur.
selamat malam sahabat
maaf semua kesalahanku
halalkan semua makan dan minumku
andai kau disyurga dan kau tidak ketemuiku, tanyakan tentang aku kepada Tuhanmu,
katakanlah engkau rindu
katakanlah aku mahu aku jua bersamamu.
salam sayang
faridah salleh
0197756599
Founder qaseh learning centre

Ulasan