KEGIGIHAN IBU BAPA

Saya Kagum Dengan Ibu Bapa QLC
Kuasa ibu bapa adalah satu kuasa hebat yang mana inginkan kejayaan demi masa depan anak sendiri walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran yang berliku. Bukan semua mampu melalui dan redha atas perkara yang berlaku. Jika kita lihat anak yang dilahirkan normal juga ada ibu baoa yang tidak sanggup menjaga dan mendidik, bahkan sanggup melakukan sesuatu yang diluar pemikiran sebagai seorang ibu bapa. Istilah seoang ibu atau bapa mampu menjaga 10 orang anak mungkin boleh difikirkan semula.
Namun, berlainan dengan situasi di QLC . Kagum saya melihat kegigihan ibu dan bapa menghantar anak istimewa ke Kelas Bimbingan dan Latihan dengan harapan yang cukup besar. Teringat saya ketika ibu ini mendaftarkan anaknya yang istimewa ke kelas kami. Katanya harapan agar anaknya boleh membaca walaupun memakan masa yang lama. Ya! Itulah tugas kami, pendidikan di QLC. Kami semestinya akan memastikan pelajar kami dapat membaca dalam masa yang cepat bergantung kepada kebolehan. Tiada paksaan dibuat tetapi teknik permainan digunakan bagi menarik minat anak-anak ini belajar membaca.
Saya cemburu dengan ibu ini, bayangkan sahabat, ibu ini menjalankan amanah Allah dengan sebaik-baiknya. Menjaga, mendidik, memberi kasih saying bahkan tidak membezakan keperluan anak-anak mereka. Anak istimewa yang sesungguhnya ini ahli syurga sudah tentu tidak ada dosa. Fikirkan sahabat andai anak ini dijemput Ilahi, anak ini boleh memilih pintu mana yang ingin dimasuki dan ketika ibunya meniti titian mustaqim anak ini memanggil dan melambai ibunya dan dibawa sekali ke syurga Allah.Kenapa ? kerana ibu ini menjalankan tanggungjawab dan amanah Allah dengan sebaiknya. Allahuakbar cemburunya saya !!!
Sahabat, usaha dan redha adalah 2 perkara yang berbeza. Ada orang jika memperoleh anak istimewa sekadar redha tetapi kurang berusaha mungkin atas banyak factor seperti ekonomi dan lain-lain. Namun ada iu bapa yang sanggup berusaha ingin melihat anaknya normal seperti kanak-kanak lain. Teringat saya dengan sahabat saya yang mempunyai anak CP. Usaha yang dilakukan untuk anaknya melebih dari segala kudrat yang ada padanya. Bukti kasih saying dan keimanan kepada amanah Allah.
Jika ibu bapa yang mempunyai anak istimewa sanggup berusaha memastikan anak mereka boleh berdikari jika mereka tiada nanti apatahlagi kita yang mempunyai anak yang normal yang mungkin ada sedikit masalah pembelajaran, tolonglah jangan berputus asa. In sya Allah, kami Qaseh Learning Centre sebuah Pusat Bimbingan dan Latihan akan membantu anak-anak tuan/puan dalam mengatasi masalah membaca. Kami ada banyak cawangan di seluruh Malaysia. In sya Allah akan datang kami akan membuka peluang kepada bakal usahawan menjadi sebahagian dari keluarga QLC setelah beberapa proses selesai tidak lama lagi.
Salam Sayang,
Faridah Salleh,
Founder Qaseh Learning Centre

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MEMAAFKAN