KITA ADALAH APA YANG KITA INGINKAN
Apa yang kita inginkan adalah apa yang kita harus lakukan.
Ada orang inginkan kejayaan anak-anak tetapi mereka tidak berusaha ke arah kejayaan tersebut. Ada kata ingin anak fasih berbahasa Inggeris tapi di rumah tidak dipraktikan. Jadi bagaimana semua itu dapat dicapai?
Teringat anak-anak yang belajar di Qaseh Learning Centre, apabila cikgu memberikan kosa kata dalam bahasa Inggeris anak-anak jarang dapat mengetahui apa kosa kata tersebut. Kita bukan sahaja mahukan anak-anak fasih membaca tetapi juga memahami apa yang dibaca oleh mereka. Apabila anak-anak memahami apa yang dibaca maka anak-anak akan dapat menjawab segala soalan dengan mudah.
Realitinya, ibu bapa akan berkata
" cikgu, sebab saya tidak mahir inggerislah maka saya nak anak saya mahir. sebab itu juga kami akan hantar anak ke kelas"
" cikgu, sebab saya tidak mahir inggerislah maka saya nak anak saya mahir. sebab itu juga kami akan hantar anak ke kelas"
Ia, itu tidak dinafikan sebagai satu usaha.namun apa yang penting ialah keyakinan kita bersuara dengan menggunakan bahasa inggeris. Beberapa aktiviti mudah mungkin boleh diaplikasikan oleh ibu bapa dalam membanti anak-anak mahir berbahasa Inggeris. Antaranya ialah ;
1. Cuba bercakap dengan anak menggunakan bahasa inggeris bagi perkataan yang mudah yang ibu bapa tahu seperti kucing-cat, plate- pinggan dan sebagainya. Gunakanlah bahasa campuran jika ibu bapa tidak mahir menuturkan bahasa inggeris dengan baik. Paling mudah ucapan Thank you bagi mengantikan terima kasih atas pertolongan anak-anak. Kenapa ye? kerana apabila anak biasa mendengar perkataan dan tahu makna perkataan tersebut maknanya anak-anak akan mudah mengikuti pembelajaran yang seterusnya.
2. Jadikan media televisyen sebagai bahan pengajaran di rumah. Jangan benarkan anak-anak menonton televisyen cerita kartun dengan membuat alih suara ke bahasa melayu. ajar anak-anak menonton cerita kartun dalam bahasa inggeris. In sya Allah lama kelamaan anak akan biasa dengan perkataan tersebut.
3. jadikan media seperti telefon sebagai bahan membantu anak-anak. jangan alih bahasa dalam telefon menggunakan bahasa melayu seperti setting ke tetapan. biarkan dengan bahasa inggeris. ini dapat membantu anak-anak dalam meningkatkan kosa kata mereka.
4. biasakan anak menyanyi lagu bahasa inggeris. eida cadangkan beli cd hasil idea coachsha dan coach rizz. banyak lagu bahasa Inggeris yang dapat membina akhlak dan adab anak-anak.
5. Usah pedulikan kata-kata dari orang sekeliling. mesti ada yang akan berkata, ala saja la tu..mengada nak cakap bahasa inggeris. sahabat, jika kehidupan kita asyik bersandarkan kepada nanti orang kata..nanti apa pula org cakap..semuanya nanti..nanti dan nanti. cukup- cukuplah... biar apa orang nak kata asalkan kita lakukan benda yang halal dan tiada niat riak dalam hati kita syukur alhamdulilah.
6. jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain walaupun dalam kalangan adik beradik lain. jangan ye.. setiap anak unik.. ingat itu.
selamat malam semua.
perlukan kelas membaca bahasa melayu/ reading english/ matematik, hubungi eida segera.
perlukan kelas membaca bahasa melayu/ reading english/ matematik, hubungi eida segera.
Ulasan
Catat Ulasan