Bukan Cintaku - episod 2.
Semalam eida menghadiri jemputan ke majlis ulangtahun kelahiran anak murid eida tahun 1, Ammar namanya. Ammar adalah anak yatim yang kematian ibu. Apa yang ingin eida kongsikan adalah betapa bertuahnya eida sebagai guru.
Sebelum menerima pelajat ke tahun 1, eida akan ke tadika-tadika berdekatan untuk mengetahui pelajar yang belum mencapai tahap memuaskan. Dulu Ammar adalah salah seorang dari kanak-kanak tersebut. Ya Ammar. Ammar jarang ke sekolah tadika. Selalu menangis dan menyebabkan pembelajaran selalu terganggu. Ini merisaukan eida kerana punca penyebab perlu diatasi sebelum ianya parah sampai ke tahun 1. Bersama Ammar ada 4 orang lagi pelajar yang belum mengenal huruf walaupun usia sudah 6 tahun. Allahuakbar gementarnya eida ketika itu.
Masa terus berlalu, taklimat transisi dijalankan. Ketika itu eida dapat bersua dengan ibu bapa. Dengan menggunakan kuasa sebagai guru kelas eida mempersoalkan apa yang perlu dilakukan sebagai ibu bapa. Pada ketika itu, eida lupa bahawa si ayah adalah ayah tunggal. Bayangkan bagaimana ingin mencari rezeki dan memelihara anak ketika si isteri telah pergi. Si ayah hanya diam dan menganggukkan kepala. Redha mungkin dengan ketegasan guru kelas anaknya. Pada ketika itu apa yang bermain difikiran eida ialah haris mencapai LINUS 100%.
Eida juga merangka jadual anak-anak ini termasuk Ammar. 29 org pelajar perlu hadir ke kelas membaca eida secara percuma dan jika tidak hadir eida akan berleter dengan ibu bapa tersebut. Allahuakbar jika dikenang sikap lalu rasanya eida terlalu autokratik. Namun ketahuilah duhai semua, membaca adalah perkara asas yang sangat penting. Selalu eida katakan jika tidak boleh membaca kita tidak boleh menguasai apa jua subjek lain di sekolah. Allah itulah yang sedang eida usahakan. Eida tidak mahu masih ada pelajar yang tidak boleh membaca. Bagi memastikan anak-anak ini selesa dan mahu ke kelas membaca, eida jalankan kelas di dalam bilik yang berhawa dingin. Di kelas juga eida dan guru pembantu meletakkan penghawa dingin di dalam kelas. Ya, kerena keselesaan buat permata dan pewaris negara.
Atuk Ammar adalah seorang atuk yang sangat prihatin dengan apa yang eida sampaikan. Atuk Ammar akan menghantar Ammar ke kelas membaca. Sanggup hantar dan tunggu. Allah kerana dek kasih sayang atuk dan kesungguhan Ammar akhirnya dari tidak mengenal huruf Ammar boleh membaca dengan lancar. Ya, semalam hari ulangtahun kelahiran Ammar. Apabila eida sampai ke rumah Ammar, kek masih belum dipotong walaupun sudah lewat kerana Ammar menganggu eida. Allahuakbar, sayangnya Ammar pada cikgu. Walaupun cikgu merupakan guru disiplin dan guru yang merangkul anugerah guru paling garang setiap tahu tapi apabila dengan anak-anak tahun 1 eida kalah. Kalah dengan kasih sayang mereka. Sampai di rumah Ammar, nenek Ammar memeluk eida dan mencium pipi dengan ucapan terima kasih yang tidak henti-henti. Allahuakbar, sudah lama guru tidak diraikan begini. Masih ada insan yang menghargai jasa guru. Nenek Ammar menangis, mengelap air mata kerana kesudian eida hadir ke majlis Ammar. Siapa yang tidak suka ammar. Seorang anak kecil yang comel, putih, manis dengan senyuman walaupun di marah berulang-ulang kali.
Keseronokkan bersama anak-anak 1 usaha 2017 akan melakarkan memori terindah dalam ingatan jangka panjang eida. Eida sentiasa mendoakan agar anak-anak syurga eida ini akan terus berjaya dan menjadi khalifah yang dapat mempertahankan agama islam.
Duhai anakku,
Walaupun engkau bukan dari rahimku,
Engkau tetap kekal dalam sanubariku,
Teruskan perjalanan ini duhai anak,
Jagalah agamamu,
Jagalah bangsamu,
Jagalah negaramu,
Salam sayang,
Faridah
Ulasan
Catat Ulasan