BUKAN PINTA AKU
" ayah, kenapa marah ibu, Aiman yang salah. Aiman yang malas baca buku" Sayup kedengaran suaran Aiman menangis kerana bersalah melihat ayah memarahi ibu kesayangannya itu.
" Tidak sayang, ayah bukan marah ibu. Ayah dan ibu berbincang sahaja." kata si ibu sambil mengusap kepala anak kesayangannya.
Begitulah dalam dunia ibu , ayah dan anak. Apabila pasangan mendapat anak yang mungkin dikategorikan kepada masalah lembam ada segelintir ibu bapa kurang menerima dan sering menyalah anara satu sama yang lain. Sebenarnya masing-masing adalah dengan ego sendiri. Malu andai dikatakan anak itu lambat atau sebagainya.
Dunia kanak-kanak adalah unik. Dunia mereka sukar kita tafsirkan. Manusia adalah kejadian Allah sebaik-baik kejadian. Kadang kita rasakan lemah, sedih kerana kita diuji tetapi kita lupa sebenarnya Allah punya rencana yang baik buat kita.
Apa yang penting ketepikan ego dahulu. Usah menyalah antara satu sama lain. Duduk semeja dan berbincang bersama. Banyak cara boleh dilakukan untuk membantu anak-anak kita mengecapi kecemerlangan dunia mereka.
Banyak bantuan. Usah bersedih.
Ulasan
Catat Ulasan